CALLING ALL … ESPECIALLY THE LADIES!

Salam dan hello buat semua. Masih ingat dengan aktiviti yang aku adakan pada penghujung tahun 2012? Ya.. Get Fit With Nurul. Dah 2 tahun aku diam. Maklumlah busy membina keluarga! Hahahaaa.. Kalau tak berhenti aktiviti tu, mungkin aku dah dapat 100 orang yang bersama aku di dalam program ini.

Yang best nya, yang mengikut aku dalam aktiviti itu dulu pun, ikut sama mengandung dan membina keluarga macam aku! Hahahhaa… Duplication namanya! Hahhahaa

Okay, sekarang ini, semenjak 4 minggu yang lalu, aku dan Eric mulakannya semula. Pelbagai aktiviti senaman yang diajar Eric. Mungkin ada yang terfikir dan lantas bertanya, berapa ringgit pula nak join program ni…

Untuk pengetahuan semua, ianya adalah PERCUMA untuk mereka yang hadir pada kali pertama. Minggu kedua dikenakan RM15 kerana kami menyediakan minuman shake Herbalife yang dinamakan ‘recovery shake!’ Pemberi tenaga dan membakar lemak! Sangat menarik program ini.

Buat masa ini kami menjemput seramai mana yang boleh untuk menghadiri program ini. Terbuka kepada semua peringkat umur dan kepada lelaki dan wanita. Aku nak jumpa ramai kaum wanita! Aku nak panggil kalian semua untuk join aku di dalam aktiviti ini.

Ianya adalah salah satu aktiviti servis komuniti untuk mereka yang sentiasa mahukan badan yang sihat dan cantik. Sihat dan cantik boleh dimilikki oleh semua. Bukannya hanya kepada sesetengah individu sahaja.

Jom join kami setiap hari Rabu jam 7 petang sehingga 8 malam di Tingkat 2, Regency Tower Jalan Ceylon, Bukit Bintang! Boleh hubungi aku di blog ini melalui email dan juga hubungi talian 017 338 0207.

Ingat ya.. Setiap Rabu Jam 7 petang! Hope to see you! Ladies, don’t wait!! Enrol now. Bawa teman, kalian mungkin menangi hadiah menarik!

3 thoughts on “CALLING ALL … ESPECIALLY THE LADIES!

Leave a comment