MY STORY

Tahun itu, tahun yang agak ‘down’ bagi aku. Tolak cerita lain yang lebih peribadi… dalam pada dok bersedih dan risau akan masa depan, Tuhan jumpakan aku dengan seseorang yang bisa menunjukkan jalan keluar dari kebingungan dan juga kemurungan. Nasib baik tak jadi penyakit mental!

 

Siapa tak risaukan masa depan. Semua dari kita fikir akan masa yang akan datang. Apa akan berlaku pada kita dan juga keluarga. Terutamanya dari segi kewangan.

 

Walaupun ramai mengatakan artis ini ada wang yang banyak dan mewah, tapi sebenarnya kalau kalian nak tahu, adakalanya hanya indah di mata. Sebab popularity dan glamour itu menggaburi segalanya.

Ramai orang suka tidak semestinya bisa memberi jumlah wang yang banyak untuk menyara kehidupan. Bila ada projek, ada lah duit. Bila ada show, ada lah wang yang boleh disimpan dan dibelanjakan.

 

Usah cerita akan pandai simpan duit atau tidak. Bila kita di atas, adakala kita terlupa juga. Terlupa akan masa kita di bawah. Terlupa akan adanya orang-orang yang bisa mengambil kesempatan dari segi wang ringgit dan sebagainya.

 

Jika kurang jelas akan keadaan sekeliling, memang akan menjadi mangsa. Aku bercakap dari pengalaman. Kita ingat semua orang jujur dan ikhlas dengan kita. Tidak semestinya. Yang jujur dan ikhlas itu, boleh dikira dengan jari.

 

Okay balik kepada cerita asal yang mahu aku sampaikan…. Dalam pada risau itu, Allah temukan aku dengan insan ini yang membuka ruang untuk aku mengenali segalanya.

 

Tentang kehidupan, manusia, kewangan dan sebagainya. Yang paling penting adalah tentang bagaimana memperbaiki diri utuk menjadi lebih baik dalam apa jua keadaan pun. Aku temui kuasa positif yang telah lama aku cari.

 

Dengan dia, aku temui bagaimana untuk mencari jalan keluar dari hutang yang banyak ketika itu (kredit kad, dua kereta dan sebagainya). Dia lah yang rancangkan segalanya untuk aku. Itu pun selepas aku temui peluang yang tidak pernah aku jangkakan.

 

Insan itu, sudah pastinya suami aku kini. Alhamdulillah. Aku belajar banyak perkara darinya. Sering aku sebutkan di dalam mana mana yang aku tulis sebelum ini.

14445085_1196026897102213_2203170077817579402_o

 

Melalui dia jugalah aku lebih kenal dengan herbalife.

 

Sebenarnya, sebelum itu pun dah kenal. Tapi, salah kenal sebab ambil produk Herbalife dengan salah dan tak faham akan isi kandungan serta fungsinya.

 

Nak dijadikan cerita, naiklah berat badan lagi kalau tersalah minum. Kena pulak tak ada yang follow up! Mana lah aku tahu. Kita orang melayu, mana pernah biasa bangun pagi minum shake sebegitu!

 

Daripada nak kurus jadi gemuk, langsung Herbalife dapat nama buruk. Akulah yang sering berkata Herbalife itu tak bagus. Aku nak kurus, tapi gemuk pula. Masa itulah. Tahun 2006. Tahun pertama Herbalife masuk ke pasaran malaysia.

Memang marah betul kalau nampak lambang Herbalife. Langsung tak suka.

 

Itulah, benci lagi. Kan dah dapat suami yang buat bisnes Herbalife! Bukan setahun dua pulak tu, dah 27 tahun! (ketika entry ini ditulis)

 

Bila dah dikenalkan semula dan diajar dengan betul, barulah aku tahu bagaimana fungsinya produk Herbalife. Barulah aku faham. Bila dah faham, tahulah nak minum bagaimana.

 

Langsung turun 6kg dalam masa 6 minggu dan 5 cm ukuran badan berkurangan. (dengan bersenam) Haaaa….. boleh pun kurus! Bukan itu saja, badan terasa lebih ringan, tenaga lebih bagus dan terasa berstamina. Nak nyanyi pun senang. Malah kulit juga semakin cerah dan lebih halus. Ini baru betul herbalife!

 

Punyalah seronok dengan kesan baik yang aku perolehi. Tidur malam pun lebih lena. Sebelum itu aku perlu ambil xanax untuk tidur! Ya xanax! Bahaya kan?! Dengan shake, dah tak ada semua itu. Tidur malam lebih nyenyak dan fikiran lebih tenang. Betapa kita memerlukan nutrien dan juga nutrisi seimbang.

 

Kesan yang aku milikki, dapat dilihat oleh kawan-kawan sekeliling. Mereka juga mahu mendapatkan kesan produk Herbalife yang sama dengan aku. Dengan tidak sengajanya, aku ‘terjebak!’

 

Mereka inilah yang membuatkan aku langsung aktif di dalam perniagaan Herbalife. Iyelah, produk terbukti berkesan. Apa yang nak risau. Ada doktor di belakang kesemua produk Herbalife. Syarikat pula bukan setahun jagung. Dah bertahun ha!!!

 

Januari 2011, aku diminta untuk menemani Eric ke satu acara yang besar yang diadakan setiap tahun oleh herbalife bagi peringkat nasional. 10 ribu orang yang aku kira, seperti sedang mabuk, membuatkan aku tercengang sekejap apabila aku melangkah masuk ke auditorium PICC.

 

Mak aiii… yang bertudung dan tak bertudung… kesemuanya happy dan positif! Dalam kepala terfikir… ada juga manusia yang sebegini rupanya. Aku ingatkan semua yang pernah aku jumpa sebelum itu, selalunya berfikiran negatif dan tidak suka membuatlkan orang lain gembira.

 

Aku masih hairan melihatkan keadaan itu yang mana tak pernah aku lihat di mana-mana pun. Mereka itu sangatlah happening.

 

Sepanjang 3 hari menemani Eric, aku belajar akan pelbagai perkara. Hati terpaut dengan satu lagi manusia yang bagi aku, dia punyai aura personaliti yang sangat hebat.

 

Bukan itu saja, niatnya, motivasinya, percakapannya, wajahnya, karaktornya…. Jelas kejujuran dan keikhlasannya dalam membantu manusia lain untuk kekal sihat dan mempunyai bentuk badan yang diinginkan.

images images-2

 

Dialah pengasas Herbalife yang dikenali sebagai Mark Hughes. Hati tersentuh sepanjang 3 hari itu apabila videonya dimainkan. Dia tiada lagi di dunia, tapi caranya dan hajatnya masih dihidupkan oleh semua yang tahu akan erti membantu manusia yang lain.

 

Satu rasa yang sangat sukar diluahkan melalui perkataan. Aku tak tahu bagaimana aku nak gambarkan. Ianya bukan rekaan. Jelas dapat dilihat andai sesiapa saja menonotn videonya. Dia yang tulus dan telus.

 

Hari ketiga, selesai acara besar itu, aku banyak berfikir. Dan langsung menyuarakan pendapat pada Eric. Dan aku nyatakan juga niat aku yang aku mahu turut sama menyambung misi Mark Hughes bagi membantu semua yang aku kenali, termasuk saudara mara, serta para peminat aku. Mereka juga mahu sihat, kurus dan cantik.

 

Bukan kerana Eric. Tetapi kerana Mark Hughes. Kerana produknya dan kerana syarikatnya. Dalam ketika itu pula, aku perlukan wang. Dan aku juga agak gusar dengan masa depan aku yang aku jangkakan akan sedikit kelabu masa itu. Ianya sangat kabur. Langsung tidak dapat aku lihat bagaimana hari hari yang bakal mendatang.

 

Dengan peluang yang dapat aku lihat bergolek datang ke arah aku, aku langsung memutuskan untuk turut sama di dalam misi murni ini. Eric masa itu, memang terkejut beruk!

 

Dia langsung tidak jangkakan. Aku sangat skeptikal pada awalnya. Skeptikal akan MLM. Eric pernah bertanya pada aku andai aku mahu lakukan bisnes ini bersamanya sewaktu kami mula kenal. Aku katakan padanya aku tak suka MLM.

 

Dia tanya lagi, apa itu MLM. Jawapan aku dengan penuh yakin, MULTILEVEL MARKETING. Dia kata, ya betul. Apa itu multi level marketing? Aku hanya tersengih je. Tak tahu apa jawapannya!

 

Itulah, kalau tak tahu jangan kata tak suka. Jangan terus buat kesimpulan, kata Eric pada aku. Betul juga. Mudah sangat jump into conclusion! Tapi kesemua itu ada sebabnya.

 

Ye lah, di Asia ini, ramai dari kita sering mendengar syarikat-syarikat sebegini buka dan tutup. Larikan wang dan sebagainya. Lebih lebih lagi di penghujung tahun 80 an dan 90 an. Dulu kita kenal bisnes sebegini dengan pelbagai skim. Skim cepat kaya atau pun skim piramid.

 

Kesemua itu telah dihapuskan. Mana-mana kerajaan tidak lagi meluluskannya terutamanya di USA.

 

Jadi aku jelas kini apakah MLM. Bukan aku saja, selepas aku jelaskan ini, kalian juga mungkin juga telah faham. Multi level marketing adalah sistem bisnes yang dibayar melalui pelbagai level. Banyak bekerja, banyaklah dapatnya. Jika mendapat orang untuk didaftarkan, kita tak dapat apa-apa, kecuali, orang itu telah mulakan kerjanya.

 

Bukan itu saja, jika seseorang individu itu telah mula bekerja, itu tidak bermakna untuk kita goyang kaki sahaja. Tidak sama sekali. Kita juga perlu bekerja keras untuk mendapat hasil dari orang bawah kita. Jika kita tak buat, kita tak dapat. Jadi, adil tak? Adil kan! Kalau mahu lebih wang, kena buat kerja. Kalau tak buat kerja, Herbalife tidak akan membayar apa-apa sebab kita tidak lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan. Lagipun, mana ada kerja dibayar gaji percuma macam itu saja tanpa berusaha. Semuanya harus ada usaha!

 

Dengan Herbalife, aku banyak belajar, aku mengenali akan negara dan manusia, aku belajar akan motivasi diri, membangunkan serta memperbaiki diri. Banyak kebaikan yang diberikan. Andai aku terasa terlalu banyak negativiti dalam bidang nyanyian, aku tumpukan kepada Herbalife yang punyai banyak positivity. Dengan keadaan sedemikian, aku balance dari segi jiwa dan mental.

 

Jadi, bila ada yang bertanya kenapa aku sukakan herbalife, itulah jawapannya. Bukan saja produk, tapi semuanya.

 

6 tahun kini… satu jangkamasa yang boleh dikatakan agak lama untuk belajar pelbagai perkara. Apa yang aku belajar, banyak merubah persepsi dan juga fizikal di dalam apa yang sedang aku usahakan. Ini sekali gus mempengaruhi tabiat aku setiap hari serta sikap yang lebih positif.

 

Dengan Herbalife aku menjelajah benua untuk belajar tentang syarikat, produk dan juga tentang pembangunan diri. Aku telah ke negara China, ke Eropah dan tidak lama lagi ke Amerika. Semuanya untuk belajar dan membangunkan bisnes yang aku usahakan ini.

 

Terima kasih Allah, di atas pertemuan yang tidak dijangkakan. Ianya membuatkan aku berubah. Aku lebih mengenali siapa diri aku yang sebenarnya. Lebih telus dan lebih terang akan arah mana yang mahu aku tuju.

 

Aku kini lebih yakin. Hutang tidak lagi membelenggu fikiran. Pandangan aku akan masa depan tidak lagi kabur. Segalanya jelas dan terbentang luas!

 

Semuanya hanya terletak pada aku. Bagaimana untuk aku usahakan serta sejauh mana mahu aku tuju supaya aku lebih berjaya. Dengan herbalife, aku yakin!

images-3