PART 9

Dalam masa yang sama aku bekerja seperti biasa. Ketika itu aku diberi tawaran berlakon filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd. Aku digandingkan dengan Zamani Slam dan kumpulan popular itu. Pengurus aku memang akan ambil apa saja peluang yang mendatangkan keuntungan tanpa mengira aku suka atau tidak. Lagipun, aku ni pulak memang suka bekerja untuk cari duit. Bekerja dengan Zamani dan lain-lain, satu pengalaman yang baik untuk aku. kami tidak punya masalah kerana kami memang kenal antara satu sama lain kerana kami bernaung di bawah syarikat rakaman yang sama. Memang penat betul berlakon ni, bukannya mudah. Dari situ, aku terfikir, aku hanya mahu mencuba dan mengambil cabaran berlakon, tetapi adalah lebih baik peluang itu diberi pada mereka yang benar2 kerjayanya adalah pelakon. Aku rasa kurang sesuai kerana aku lebih suka menyanyi. Masa berlakon juga panjang, patutlah ramai yang menghargai pelakon kerana kerja mereka bukannya mudah. Banyak pengorbanan perlu dilakukan.

Berbalik pada cerita filem tadi, aku menjadi lebih rapat dengan Slam terutamanya pembantu mereka yang dikenali sebagai Todak dan Majie. Mereka ni dah macam abang aku sendiri. Pada awal cerita aku ada mengatakan aku ni kasar bagaikan lelaki, jadi aku mudah berkawan dengan mereka. Kegemaran mereka ni berlumba kereta. Aku yang memang suka dengan aktiviti lasak, apa lagi, join sekaki! Tapi tidak berlumba haram pula. Mereka banyak mengajar aku bagaimana untuk modified kereta lumba. Aku banyak penuhi masa dengan mereka dan kami bagaikan one big happy family kerana minat kami yang sama.

Oleh kerana kami terlalu rapat, aku digosipkan dengan penyanyi kumpulan popular itu – Zamani. Terlalu panjang untuk aku ceritakan di sini apa yang menyebabkannya, dan takut pula akan memburukkan seseorang yang menyebabkan gossip ini menular. Padahal tiada siapa pun tahu kami tidak lebih dari seorang kawan. Para peminat beliau marah betul pada aku. pada masa itu system email belum wujud, jadi tak ada lah email layang, yang ada hanya surat pos biasa. Ada peminatnya yang fanatik, menghantar surat dengan gambar aku yang diconteng beserta kata-kata tomahan, herdikkan yang menyakitkan! Tapi aku faham, itulah peminat. Mereka akan bertindak diluar kawalan jika terlalu meminati seseorang. Aku maafkan mereka kerana aku tahu peminat aku juga ada yang sebegitu!

Gossip itu terhenti apabila aku terpaksa keluarkan kenyataan dalam ruangan Huzz yang berbunyi : “zamani bukan taste saya!” aku terpaksa walaupun kenyataan itu pastinya ‘menyakitkan’ hati Zamani. Sungguh pun begitu, kami masih sama seperti biasa, mungkin dia memahami bagaimana keadaan kawan dia yang dah naik ‘sawan’ dengan tindakan peminatnya tu. Tak mengapa, itu sudah lumrah bidang ini.

Selesai penggambaran filem tersebut, kami masih lagi tidak berhenti berlumba kereta. Tempat perjumpaan kami di depan rumah abang Majie di Keramat. Abang Majie seorang yang sungguh baik hati. Kami masih berhubungan hingga kini walaupun tidak punyai masa bertemu, hanya sekadar sms dan telefon.

Selepas isu Zamani, timbul pula isu baru. Kali ini gossip dengan pelari pecut Negara yang sedang meningkat naik ketika itu. Aku ditemukan oleh seorang rakan Abang Majie yang merupakan seorang jurugambar sukan suratkhabar harian berbahasa Inggeris. Katanya, pelari pecut ni meminati aku sebagai seorang penyanyi. Jadi, aku pun hanya treat beliau seperti seorang peminat. Tetapi lain pula anggapannya dan teman wanitanya.

Rupanya beliau ni seorang yang suka berkawan dan tidak tahu membezakan antara kawan istimewa dan kawan biasa. Kesian betul, kerana dia terpaksa menjawab pelbagai pertanyaan teman wanitanya yang juga merupakan artis. Sekali lagi aku terpaksa bagi kenyataan di dalam akhbar – ruangan Huzz juga! Ini kerana aku pernah mengeluarkan kenyataan yang aku punyai ramai kawan termasuk jaguh sukan itu. Kerana kenyataan itu timbul pelbagai spekulasi.

Kadang-kadang aku terfikir, jika terlalu jujur dan berterus terang, ada saja yang salah erti, jika menipu pula, akan lebih susah jadinya! Itulah, bila dah jadi artis ni, kita selalu di dalam keadaan serba salah. Bila sesuatu komen itu di manipulasi, kitalah yang menjadi mangsanya. Jika jawab no comment, orang akan cakap kita mahu menipu atau hanya melepaskan batuk di tangga. Susah betul!

Pada aku, itu perkara yang biasa berlaku di dalam dunia yang menjadi perhatian ramai ini. semua yang involve di dalam bidang ini termasuk syarikat akhbar juga menjalankan perniagaan. Jadi, masing-masing mahu meraih keuntungan. Artis juga akan sukar dikenali jika tidak ada publisiti, walaupun kadang-kadang publisiti yang berunsurkan gossip yang memberi tekanan. Dalam erti kata lain, kami saling memerlukan. Hanya terpulang kepada seseorang individu artis itu sendiri untuk handle media dan orang awam tentang sesuatu perkara.

Apabila difikirkan semula, sepanjang aku menjadi artis ketika itu, aku seorang yang terlalu menjaga karier ku. Aku mahu menjadi artis yang bersih dari gossip. Walau bagaimana pun, perkara itu sukar dielakkan. Apabila kita menjadi perhatian, pelbagai cerita dan gossip direka. Secara peribadi, aku tidak melalui zaman remaja ku seperti remaja lain. Aku tidak punya kekasih atau buah hati. Ada juga aku menyimpan hati pada beberapa lelaki, tetapi tidak aku hiraukan kerana mereka tak layan aku pun! Oleh kerana berlaku beberapa kali perkara yang sama, aku padamkan rasa cinta dan tidak mahu jatuh hati pada mana-mana lelaki lagi!

Pernah juga kawan kepada pengurus aku meninati aku. beza usianya jauh sekali dengan aku yang ketika itu baru 18 tahun. Sudah pasti aku dilarang keras untuk bercinta dengannya. Tambahan pula lelaki itu sudah beristeri! Macam-macam jenis lelaki yang aku temui. Mr T adalah salah seorang yang suka mengambil kesempatan. Hubungan kami tidaklah sejauh mana apabila aku sedar dengan perangainya.

Nasib baik aku pantas bertindak, jika tidak, sudah pasti ada yang akan memandang serong pada aku. tambahan pula, polisi peribadi aku adalah tidak mahu mempunyai kekasih yang telah dimilikki wanita lain. Tidak sanggup rasanya digelar perampas kebahagiaan orang lain.
KONTROVERSI DAN PERGOLAKAN KELUARGA
Semenjak aku memutuskan untuk menjadi penyanyi, emak dan abah tidak pernah membantah dan menolak minat ku. Walaupun berat mereka terpaksa akur dengan aku yang begitu ‘ambitious’. Dalam pada itu, ada juga di antara adik beradik ku yang tidak setuju, terutamanya 2 kakak ku yang teratas. Sungguh pun mereka merupakan kakak tiri, tetapi mereka tetap mengambil berat tentang adik-adik mereka yang lain.

Mereka membantah sekeras-kerasnya. Kakak yang sulung sudah berkahwin ketika itu, jadi dia tidak berapa kisah dan ambil pusing asalkan emak tahu apa keputusan yang dibuat. Agak sukar menjelaskan pada kakak yang ke-2. Beliau seorang yang tegas dan berjaya di dalam bidang akademik. Pelajaran adalah perkara yang paling diutamakannya, sehingga memperolehi Phd. Beliau sendiri menjadi idola ku untuk aku maju di dalam bidang akademik ku dulu. Beliau begitu kecewa apabila aku ‘dilepaskan’ untuk menjadi penyanyi. Emak lah yang menjadi mangsa leterannya.

Pernah juga emak memberitahu aku bahawa kakak aku itu begitu berang sekali ketika kali pertama mendapat berita tentang aku telah menjadi penyanyi. Kerana terlalu marah, beliau sanggup tidak mengaku aku adalah adiknya! Katanya lagi, dia malu. Mungkin padanya, industri seni ini tiada masa depan dan tidak boleh maju ke mana! Bagi aku, itu adalah satu cabaran yang perlu aku ambil dan buktikan padanya bahawa dakwaannya salah sama sekali.

Apabila kedudukan aku agak selesa di dalam bidang ini, sedikit sebanyak merubah pendiriannya. Tetapi aku sedikit pun tidak melupakan apa yang pernah dikatakan pada aku. aku kecewa kerana ada di antara keluarga ku yang hanya mementingkan nama dan popularity. apabila nama kita gah disebut-sebut orang, mulalah mereka menghimpit aku. aku yang agak keras dan pernah berkecil hati, langsung tidak mengambil pusing apabila aku diminta ke sebuah universiti di Pulau Pinang tempat kakak ku itu bekerja, meminta aku ke sana untuk memberi pandangan ku tentang muzik dan industri itu.

Akhirnya, beliau termalu sendiri. Tidak lagi mengganggu aku, malah aku sendiri tidak lagi bertanya pada emak khabar beritanya. Aku hanya mengambil tahu adik beradik ku yang sebapa dengan ku. Bukannya aku membenci, tetapi aku rasa beliau tidak patut berfikiran sempit sebegitu. Beliau yang mempunyai kelulusan yang tinggi hasil dari sikap yang suka belajar, aku harap beliau belajar sesuatu tentang kehidupan yang tidak boleh dapat dari sebuah buku untuk dijadikan sebagai rujukan; bagaimana untuk menjaga hati dan menghormati pendirian orang lain.

Aku lupakan sahaja apa yang pernah berlaku kepada aku yang agak mengecewakan. Cukuplah ada emak dan abah serta adik beradik yang lain memberi sokongan yang padu pada ku.

Dalam kesibukkan mengharungi industri seni ini, aku tidak pernah melupakan keluarga. Aku lakukan tanggungjawab aku seperti biasa kepada keluarga terutamanya emak dan abah. Emak amat berbangga dengan pancapaian aku. abah pula, asyik tersenyum seperti biasa, tak banyak komen asalkan aku tahu menjaga diri dan maruah keluarga.

Tanpa aku sedari, adakala kesibukkan aku, meyakitkan mereka. Aku tidak punya masa yang lama untuk meluangkan masa bersama di kampung. Jarang sekali aku pulang menemui saudara dan adik beradik yang lain walaupun aku selalu bertemu emak dan abah ketika mereka berkunjung ke Kuala Lumpur. Timbul pelbagai andaian yang merunsingkan emak untuk menjawab segala pertanyaan mereka. Bila aku fikirkan semula, kesian betul pada emak yang terpaksa menjadi orang tengah di antara adik beradik dan terpaksa menangkis segala tohmahan yang dilemparkan kerana aku. pernah emak menulis surat mewakili mereka dan meluahkan rasa hatinya. Sudah pastinya aku terkejut dan bersedih dengan keadaan itu. Apa yang aku lakukan ialah memberi penjelasan supaya emak dapat menerangkan keadaan itu kepada mereka.

Aku telan segala keperitan itu kerana tidak mahu memburukkan keadaan. Keluarga yang besar sudah pasti mempunyai tanggungjawab yang besar kerana pemikiran yang berbeza. Aku tidak dapat menghalang tanggapan orang pada aku walaupun ianya datang dari keluarga sendiri. Aku hanya mampu berserah dan mengharapkan petunjuk dari Yang Maha Esa.

Pada aku, yang paling penting aku tahu apa yang aku lakukan dan tidak pernah melupakan keluarga kerana aku seorang yang sayangkan keluarga. Hingga ke hari ini, aku melakukan tanggungjawab yang sama walaupun emak tiada lagi.

Sikap kita yang suka jump into conclusion perlu dikikis kerana ianya boleh memudaratkan dan menjuruskan kepada syak wasangka. Ini berlaku kerana sikap kita yang suka mengambil kesempatan. Bila apa yang dihajati tidak diperolehi dari orang yang kita rasa boleh memenuhi permintaan kita, maka akan berlakulah kepincangan, tuduh menuduh dan syak wasangka kerana kesimpulan yang tidak tepat.
Komunikasi amat penting di dalam segala hal. Setiap perkara yang kita lakukan (walaupun bukan sebagai artis) sememangnya akan memberi kesan pada orang sekeliling, tanpa mengira kesan itu yang baik atau pun sebaliknya.

Apa yang aku cuba sampaikan di sini bukanlah mahu membuka pekung di dada. Jauh sekali mahu mengutuk keluarga sendiri. Ini kenyataan yang mungkin berlaku kepada mana-mana keluarga yang mempunyai ahlinya sebagai penyanyi atau artis. Ini hanya sebagai iktibar yang mungkin boleh diguna pakai kepada sesiapa saja yang membaca buku ini.
PERTEMUAN DENGANNYA…..
Kami bertemu ketika sama-sama di bawah naungan syarikat rakaman yang sama. Ketika itu dia baru berjinak-jinak dengan dunia penciptaan lagu. Lagu-lagunya sebelum ini hanya dimuatkan di dalam album kumpulan muzik yang disertainya ketika itu. tetapi selepas lagu nyanyian kumpulan hip hop Nico popular, aku mencadangkan bahawa dia menerbitkan beberapa buah lagu untuk album kedua ku.

Aku masih ingat, aku rapat dengan penyanyi kelahiran Sarawak iaitu Azie. Azie dan pengurus peribadinya cukup akrab dengan dia. Aku menyangka dia mungkin mempunyai hubungan yang istimewa dengan pengurus penyanyi itu kerana mereka sering bersama.

Kami pernah berjumpa dan bersembang ketika menghadiri persembahan pentas bersama, tapi hanya sekadar omongan kosong dan tidak lebih dari rakan artis. Dia seorang yang periang, suka bercakap terutamanya dengan perempuan kerana sikap nakalnya yang suka mengusik. Aku bersama rakan artis perempuan yang lain, biasanya akan disakat dan menyebabkan kami tertawa dengan gelagatnya. Tetapi ketika itu, sedikit pun tidak menimbulkan bibit-bibit cinta atau jatuh hati padanya kerana aku belum punyai cita-cita untuk mencari kekasih hati. Tambahan pula, sangkaan aku, dia kekasih kepada wanita yang aku sangka istimewa padanya.

Oleh kerana karier solo ku begitu memuncak ketika itu, kami tidak bertemu, begitu juga dengan Azie. Pernah juga aku menghubungi mereka untuk bertanya khabar.

Berbalik kepada cerita proses album kedua, hajat aku diperkenankan BMG untuk mengambilnya sebagai salah seorang penerbit album, kami kerap berhubung semula. Panggilan yang kami gunakan ialah ‘abang – adik’. Sungguhpun dia seorang yang nakal, Dia juga merupakan seorang yang beradab dan pandai menghormati orang lain. Kerap kali kami bertemu untuk membincangkan hal lagu yang bakal dinyanyikan. Aku agak pelik kerana, jarang sekali penerbit album yang lain berbuat demikian. Aku fikir mungkin itu caranya apabila bekerja. Sungguhpun begitu, aku tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadapnya – hanyalah hubungan sebagai seorang komposer dan artis – kawan.

Setelah rakaman 2 buah lagu pertama selesai, Aziz Bakar, orang kuat BMG menambah beberapa lagi lagu untuk diterbitkan olehnya bersama penerbit yang lain. Hubungan kami tidak berhenti di situ. Kami menjadi semakin rapat dan kerap kali bersama. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakan kami asyik mengusik kami. Antara yang sedar dengan keadaan itu ialah Ramlan Marzuki dan Helen Yap. Helen bertindak sebagai penggubah muzik untuk lagu-lagu aku. kami hanya tersengih dan senyum apabila diusik begitu.

Semakin kerap kami bersama, semakin rapat hubungan kami. Dia kerap juga menghubungi aku walaupun rakaman telah selesai. Aku menjadi hairan kerana adakalanya dia hubungi aku dan bercakap tentang perkara yang tiada kena mengena dengan rakaman lagu atau kerja, antaranya ketika dia bersama kumpulan muziknya menang dalam kes mahkamah antara mereka dan syarikat rakaman mereka bernaung dulu. Sebagai kawan, aku layan dan tumpang gembira kerana mereka tidak dibelenggu dengan masalah yang mengakibatkan mereka tidak boleh berkarya dan menghadiri pertunjukkan pentas.

Kerana terlalu sering bersama, perasaan antara kami datang dengan sendirinya. Tambahan pula ketika itu masing-masing sibuk dengan kerja hingga tiada masa bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Kerana terlalu inginkan companionship, kami jatuh hati pada diri masing-masing! Ketika itu, bulan Ramadan. Dia meluahkan rasa hatinya. Aku juga ketika itu, agak kesunyian. Apa salahnya mencuba! Dalam percubaan itu, kerana keakraban kami, orang sekeliling dan juga media dapat menghidu percintaan kami. Bermulalah gossip dan pelbagai spekulasi timbul!

Yang paling menyedihkan apabila orang yang bertanggungjawab menguruskan karier seni ku, melampaui batas-batas profesionalisma nya apabila dia menjadi ‘batu api’ untuk memisahkan kami, mengeruhkan keadaan dengan mereka pelbagai cerita kepada orang sekeliling ku hinggalah kepada emak aku sendiri! Kerana jarak yang jauh, emak termakan juga cakapnya. Aku amat kecewa kerana kami tidak pernah mencampuradukkan kerja dan peribadi.

Emak semakin dingin, mereka di syarikat rakaman juga memandang serong pada kami berdua. Bayangkan satu mesyuarat tergempar diadakan hanya untuk memisahkan kami! Emak juga risau dan tidak mahu bercakap dengan ku, padanya aku telah lupa dan alpa kerana asyik bercinta. Paling memburukkan keadaan apabila pengurus ku memberitahu emak yang si dia asyik minta duit dan makan duit aku! cerita disebaliknya, sebenarnya pengurus aku sendiri yang banyak berhutang dengan aku! duit dari show tak pernah dibayar dalam jumlah yang penuh kepada aku. aku ni terlampau memahami orang lain sehinggakan setiap apa yang pengurus aku lakukan, aku diamkan saja. Dari RM100.00 hinggalah ke jumlah yang besar dia berhutang dengan aku.

apabila keadaan semakin meruncing dengan pelbagai cerita yang karut, kami yang tidak rela berpisah, mengambil keputusan untuk berkahwin. Aku pernah Cuba untuk putuskan hubungan itu, kerana tidak mahu karier terjejas dengan cerita yang karut marut ni, tetapi si dia tidak setuju. Keputusan yang kami ambil ialah berkahwin; bagi mengelakkan dan menghapuskan semua fitnah yang ada. Si dia merasakan ianya adalah satu cabaran untuk membuktikan yang dia benar-benar mahukan aku. kerana tercabar, kami dapat menepis segala dakwaan yang tidak berasas dari orang luar.

Kak Shah menasihati kami untuk tidak mempedulikan apa yang orang lain katakan pada kami. Fokuskan kepada diri kami berdua. Jika kami telah mampu mengharungi cabaran sebagai suami isteri, kahwin sahaja. Dia juga mengingatkan untuk mengambil kira soal agama dan keluarga. Wang ringgit boleh dicari tetapi maruah keluarga dan nama baik tidak boleh dibeli di mana-mana. Mendengarkan nasihatnya, membuatkan kami berfikir sejenak dan mengambil keputusan untuk berkahwin.

Perancangan perkahwinan tiada siapa yang tahu kecuali Elly dan Kak Shah. Elly sebagai pembantu peribadi aku, banyak membantu, dan banyak memberi info kepada aku kerana hairan dengan pengurus aku yang selalu menghubungi emak dan bercerita yang bukan-bukan, sehinggakan emak tidak mahu bercakap dengan ku lagi. Emak menyangka yang aku telah berubah kerana seorang lelaki. Aku tidak menyalahkan emak. Ini semua gara-gara sikap batu api pengurus ku yang membuatkan emak aku buruk sangka kepada ku.

Aku kecewa dan benar-benar tertekan kerana tidak pernah terlintas di fikiran yang pengurus aku akan bertindak sedemikian rupa. Alasannya, dia tidak mahu popularity aku jatuh jika aku punyai kekasih dan berkahwin.
Kenyataannya itu ada juga relevannya tapi bagi aku peminat sudah pandai menilai asalkan material atau lagu yang dirakam itu bagus, dan bakat dan kebolehan itu maintain. Pengurus aku mengambil langkah yang negatif tanpa mahu berfikir panjang. Itulah manusia, adakalanya suka bertindak tanpa menggunakan akal dan ajaran agama, yang diikutkan ialah hawa nafsu dan hasutan syaitan.

Selepas aku mengetahui perkara sebenarnya, aku menghubungi emak dan memujuknya untuk mendengar penjelasan aku. pada mulanya agak sukar, tetapi aku berjaya juga pujuk emak. Akhirnya emak faham dengan keadaan aku ketika itu. Emak juga rasa bersalah kerana termakan hasutan pengurus aku. si dia akhirnya bertemu emak dan abah di kampung dan menyatakan hasratnya untuk memperisterikan aku. dia pergi seorang diri tanpa ditemani ibubapanya, memang berani betul ‘pendekar’ yang sorang ni!

Emak sukar melepaskan aku, abah ok aje asalkan si dia boleh menjaga dengan baik dan dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami yang baik. Selepas sebulan, emak akhirnya tewas dan terpaksa akur dengan keputusan kami. Emak merestui kami walaupun berat.

Pelbagai halangan juga yang perlu si dia tepis. Soalan-soalan yang tidak dijangka, ditanya oleh kakak-kakak dan abang aku. si dia agak tertekan kerana keluarga aku seakan tidak merestui hubungan kami. Aku hanya mampu memujuknya supaya menerima keadaan itu. Dia hanya bersabar dan menerima aku dan keluarga ku seadanya. Keluarga mana yang tidak risau, tambahan pula kami masih muda ketika itu. Aku baru berusia 19 tahun dan dia hanya 21 tahun. Ketika itu kami berdua belum mempunyai kerjaya yang teguh walaupun nama aku agak kukuh di persada seni.

Segala urusan perkahwinan dilakukan oleh Elly dan kami berdua. Daripada kursus perkahwinan hinggalah ke barangan hantaran untuk pernikahan. Aku masih ingat lagi, ketika itu jadual aktiviti aku agak padat, jadi, Elly terpaksa menjadi ‘tali barut’ kami dengan menipu pengurus untuk aku menghadiri kursus kahwin. Aku sepatutnya mengadakan satu persembahan di Melaka, tetapi oleh kerana aku belum mendapat apa-apa bayaran (yang sememangnya aku tak akan dapat), aku tutupkan mata & pekakkan telinga, mematikan telefon bimbit supaya tidak boleh dihubungi sesiapa dan menghadiri kursus tersebut.

Banyak betul pengorbanan Elly pada aku sehingga sanggup dirinya diburukkan demi kebahagiaan dan nama baik aku. hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Setelah selesai semua urusan pernikahan, sebelum diijab kabulkan, aku berpeluang bersemuka dengan pengurus aku. ketika itu kami berada di Johor Bahru untuk mengadakan persembahan di sana.

Leave a comment