MAKNANYA BAHAGIA….. LAPANGNYA HATI!….. PACKING TIME!

Beg untuk Zachary – Done!

Beg untuk Raphael – Done!

Beg untuk anak dara ku pun, dah siap!

Mama diaorang? Belum lagi! Haaaa… Pengsan.. Nasib baik Daddy nya kemas baju sendiri! Kalau tak… memanglah tak sempat nak buat apa-apa…

Kurang dari 7 hari kami satu keluarga akan berangkat ke Perancis. Kali ini lebih lama.. Baju pun bertimbun banyak nak bawa… Musim sejuk pulak tu.. Mana boleh bawa pakaian seperti kita di sini. Baju tebal itulah yang memberatkan semua beg kami! Hahahhaa… Nasib baik ada beberapa helai dan pasang di sana.

Minit-minit terakhir ni, biasalah, ada saja perkara yang nak dibuat. Ada satu persembahan di majlis perkahwinan di Bangi Sabtu ini… Perlu berlatih dan menghafal lirik… Ada juga meeting untuk acara di bulan April tahun depan.. Dan macam-macam hal lagi! Beg aku, tetap tak habis lagi aku pack! Adoiiii…Bila dah jadi mak ni, anak yang selalu di dahulukan.. Kita punya sendiri selalunya last minute! Bila last minute, itulah yang banyak terlupa dan tertinggal.. Tapi kali ni.. Aku cerdik sikit! Buatkan senarai awal-awal.. Apa yang perlu dan apa yang tak perlu! Senarai tu siap dari 6 minggu yang lepas! Beg pun siap-siap dikeluarkan sebulan yang lalu! Sampai kena sindir dengan encik suami! Katanya macam esok nak bertolak!

Tengok ni, lagi beberapa hari nak berangkat pun, masih tak siap! Nasib baik aku minta keluarkan awal. Eric seorang yang suka bersedia awal. Pakaiannya telah siap masuk beg seminggu yang lalu! Siapa yang tak sabar sebenarnya ni?! Hahahaha

Kali ni banyak sikit barang. Banyak tempat yang perlu kami pergi sehinggalah penghujung Mac nanti. Ya.. Aku hanya akan pulang tanggal 30 Mac 2016. 4 bulan aku akan menetap di Perancis. Macam-macam nak dibuat di sana. Doakan segalanya berjalan dengan lancar ya. Itu yang banyak sangat nak prepare!

Harap-harap tak adalah yang aku lupa nanti! Hahahhaa.. Kalau ada juga, tak tahulah! Mana taknya, kali ini siap ada reminder berbagai kat telefon tu. Aku set semuanya supaya tak ada yang terlupa bawa. Dulu kalau ada diary, bukannya tak tulis. Nak tulis. Tapi kalau dah lupa nak tulis senarai, tak berguna diary tu!! Hahahha… Macam mana tu?!

Eric selalu bising kat aku. Katanya jadikan habit! Aku selalu bagi alasan sebab lupa nak tulis! Hahahha.. Dulu zaman belum berteknologi tinggi, boleh pula tak lupa menulis di dalam diary! Macam-macam aku ni…

Banyaknya barang… Susu anak, baju anak-anak… Maklum saja, anak dah 3! Satu  memang dah besar. Itu pun kena ambil tahu juga barang-barangnya. 2 lagi, masih tak reti apa.. Memang seluruh kepala ni, fikir untuk mereka saja. Barang mereka lebih penting. Tambahan pula di musim sejuk ni.

Kali ini lebih bermakna dengan kehadiran buat kali pertama anak dara aku ke Perancis. (Aku tak boleh sebut nama. Kata Eric biar menjadi kejutan buat ibu bapanya nanti.) Jadi, kita lihat nanti bagaimana terkejutnya mereka berdua apabila cucu perempuan mereka sampai di sana! Jahat betul kami ni.. Ada saja nak terperanjatkan orang tua berdua tu!

Anak dara aku akan berangkat 3 minggu selepas kami ke sana. Kertas peperiksaan terakhirnya adalah pada 30 November ini. Perancangan awal, memang nak semua sekali di dalam satu penerbangan. Tapi kami terpaksa pergi awal kerana ada acara Herbalife di Geneva yang perlu kami hadiri pada 29 November. Terpaksa anak dara aku tu berangkat bersama pembantu aku dan escort pada hari yang berbeza.

Selepas kebenaran dan surat telah ditandatangani oleh bapa kandungnya iaitu Ajai, aku melompat keriangan kerana kali ini anak aku tu dapat melihat dan bercuti bersama kami ke luar negara buat pertama kalinya! Terima kasih Encik Ajai kerana membenarkan.

Selalunya, dia hanya melihat aku dan Eric bersiap untuk pulang ke Perancis. Jauh di sudut hatinya, aku tahu dia teringin juga menjejakkan kakinya ke sana. Dia bukan lagi seorang yang asing bagi keluarga Roland Depp. Dia bagaikan cucu mereka juga walaupun bukan muhrimnya. Hanya aku ibu kandungnya. Mereka sayangkan dia juga kerana anak dara aku tu tahu melayan kerenah mereka.

Alhamdulillah.. Aku sangat gembira untuk Ayu. Dah lama aku simpan hajat dan bercuti dengannya. Hujung tahun, biasanya dia perlu bersiap untuk pulang ke sekolah berasrama penuhnya kerana persekolahan bermula selepas 1 Januari. Itu pun bernasib baik kalau sekolah bermula tanggal 3 Januari kalau tahun baru jatuh pada hari minggu. Namun, tetap tak ada masa yang cukup untuk dia mengikuti kami berdua sebelum ini.

Kali ini, lebih pasti. SPM pun dah habis. Jadual persekolahannya di sana selama 5 tahun juga, akan berakhir. Jadi, inilah masanya. Tak sabar rasanya nak bawa dia bersiar-siar ke sana ke mari di kampung Eric. Dalam musim sejuk ni, suasananya sangat cantik. Banyak juga pasar malam! Dapatlah aku dan anak aku tu lakukan aktiviti “mak dan anak daranya!” Boys, stay home! Heheheh…

Dia akan pergi tanggal 13 Disember dan pulang 24 Februari. Tapi sebelum itu, dia harus ke Pulau Pinang untuk luangkan masa bersama papanya. Itu, aku yang pinta dan mahukan dia lakukan sedemikian. Bantu papanya berniaga di restoran yang cukup popular kini di pulau yang serba membangun itu. Sukalah dia tu!

Dah 17 tahun anak aku tu.. Sekejap je rasa masa berlalu… Takut nak fikirkan untuk masa yang akan datang apabila dia mahu disunting oleh seseorang.. Hmmmm… Aku masih rasa anak aku tu masih seperti dulu. Masih mahu dipangku walaupun dia sudah cukup matang bagi usianya berfikir dan merencana masanya.

Okay Nourul! Jangan fikir jauh sangat! Biar dia belajar dan berjaya dalam hidupya dulu.

Apa-apa pun, tak sabar nak sambut kedatangan Ayu ke sana! Semoga Allah permudahkan segalanya. Ammmiinnn!

P/S : Terasa sangat ringan apabila hati telah tiada yang terbuku! Setiap hari, terasa hati sangat lapang! Benar silaturrahim itu juga rezeki! Alhamdulillah…. Segala yang baik sedang menuju ke arah ku! Ammiinnn.. Yang telah berlalu dan berlaku,  biar Allah saja yang tahu.

8 thoughts on “MAKNANYA BAHAGIA….. LAPANGNYA HATI!….. PACKING TIME!

  1. hartini ali

    tahniah2x..
    seribu kegembiraan membaw berjuta kebahgiaan.
    slamat berangkat dan selamat kembali.moga bergumbira di sana.
    xsabar menanti update dr sana.
    apa2pun.. hepi holiday.
    lupa???xmungkin..
    hihihi..love uuuu

  2. Badar Manan

    jelesnye ….nk itoot jg la . hehehe.. Happy holiday sis, moga d permudahkn segala urusan, take xtra care n please update us nanti tau.

  3. hv a safe journey sis 🙂 benar, silaturrahim tu sesuatu yang indah, memutuskan silaturrahim tu buat doa kte tak mustajab. nauzubillah. semoga Allah terus terusan memberikan keberkatan dalam hdp akk 🙂 luv from ipoh je pon. haha. take care

Leave a comment