MARTINIQUE…. ERTI PERSAHABATAN!

5 hari menikmati keindahan laut serta pantai… Kehijauan alam dan nyamannya udara di persisiran pantai kepulauan Caribbean… Aaaahhhh… Seronoknya… Bila dah habis bercuti, mulalah terbayang suasana ketika di salah satu pulau yang indah yang terletak di Kepulauan Caribbean iaitu Martinique. Best sangat!

Lebih 2 minggu berehat… Macam-macam aktiviti yang dibuat di sana. Jangan lupa untuk saksikan beberapa video yang aku letakkan di youtube channel aku ya!

Di sini aku kongsikan beberapa gambar ketika kami di sana.

 

20151206_074455
Permandangan di hadapan bilik kami tinggal
20151206_075443
gambar di sebelah kiri laut pada hari pertama kami sampai

20151206_103418

Semasa di sana juga, kononnya nak menulis lah apa lah… Tak adanya! Bawak laptop, tapi laptop asyik pandang aku je! Ada masa terluang pun, tak mahu aku lepaskan walaupun seminit pun untuk melihat keindahan alam yang Allah Taala ciptakan. Sangat indah. Alhamdulillah aku berkesempatan menyaksikan dan menikmatinya.

20151208_173121IMG_20151210_12074620151207_120736

Dah 2 hari balik ke France dari Martinique. Perjalanan mengambil masa 8 jam dari Paris ke Martinique. Kalau dari Malaysia, kena buat dua kali transit kalau mahu mengambil penerbangan langsung ke Amerika.

Dari Amerika lebih dekat kalau mahu ke Kepulauan Caribbean. 17 jam dari Malaysia (tak tahu ada transit ke tidak) dan 5 jam dari New York ke Martinique.

Kalau melalui Eropah lebih senang. Terus saja ke Paris, selepas itu langsung ke Martinique. Jumlah masa yang diperlukan ialah 24 jam atau lebih! Jauh sedikit kalau dari Asia.

Aku rasa hanya aku seorang saja yang berasal dari Asia yang berada di Martinique minggu lalu. Lebih terperanjat kepada yang bertanya apabila aku katakan aku datangnya dari Malaysia!

Aku berterima kasih kepada suami aku. Kerana dia, aku kenal dengan Martinique. Eric dan keluarganya pernah ke sana ketika dia berusia 11 tahun! Kini 50 tahun! Tahun istimewa baginya. Jadi, dia bersama 3 rakan baiknya; yang turut sama meraikan ulangtahun ke 50 mereka sepakat untuk bercuti ke Martinique bersama.

Persahabatan yang telah terjalin selama 39 tahun ini, sememangnya diraikan dengan penuh emosi dan hilai tawa 4 rakan baik ini. Percutian ini telah dirancang selama lebih dari 4 bulan. Walaupun Eric dan aku berjauhan dengan mereka yang lainnya (di Paris), tapi ianya tidak melumpuhkan keseluruhan rancangan percutian ini.

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Kami pun selamat pergi dan selamat kembali.

Dua minggu berjauhan dengan anak-anak, akulah yang paling rengsa. Tapi kata Eric masa bercuti itu, elok digunakan sebaiknya untuk berehat dan mendapatkan tidur yang cukup. Lagi pula kami juga berpeluang meluangkan masa berdua bersama-sama. Jadi, cuba ‘lupakan’seketika. Tambahan pula mereka bersama ibu bapa Eric dan kami percaya keduanya akan menjaga anak-anak kami dengan baiknya.

 

20151206_074240

Dah lama tidak bercuti berdua-duaan.. Hanya sebelum Zachary dan Raphael dilahirkan sahaja. Memang bila dah ada anak, priority sedikit berubah. Tambahan pula apabila mereka masih di peringkat bayi.

Sebagai pasangan suami isteri, perlu ada masa berdua juga walaupun dah ada anak bersusun! Hahahaha… Hubungan suami isteri juga harus dijaga. Bukan hanya menumpukan sepenuh perhatian sehingga langsung tidak mempedulikan keintiman hubungan suami isteri. Itu yang kami lakukan. Hubungan suami isteri teguh, rumahtangga akan kukuh. InsyaAllah.

Apa-apa pun kami berdua melalui saat yang sangat indah bersama. Walaupun ada bersama kawan-kawan baik suami aku. Mereka sangat menghargai persahabatan. Aku naik cemburu juga!

Semuanya kerana aku tak punya kawan baik yang selama itu teguhnya! Mungkin dengan Ina Mohd lah boleh nanti sampai kami tua dan sampai ke mati! Itu je lah salah seorang sahabat yang aku masih ada. Aku hanya ada 3 yang paling rapat. InsyaAllah akan bersama selamanya.

Melalui persahabatan suami aku ni, aku belajar untuk menghargai silaturrahim. Bagaimana menjaga hati, bagaimana menegur dan apakah maksud berterus terang. Mereka saling menghargai satu sama lain.

Masing-masing tahu bahagian masing-masing. Langsung tidak berkira. Soal duit, seakan duit itu tak ada value. Jika ada perkara yang tidak elok berlaku, mereka berterus terang. Cerita habis-habisan tanpa emosi. Habis di situ dan hanya di situ. Tiada simpan di hati. Sebab itulah mereka bertahan sehingga kini.

Sepanjang bercuti, aku disajikan dengan cerita ketika mereka masih remaja dan masih muda. Memang seronok mendengarnya. Mereka ketawa seperti mereka masih muda remaja. Masing-masing punyai jalan cerita suka duka yang tersendiri. Namun, mereka tetap bersama.

Apa-apa pun yang berlaku, tetap hubungi satu sama lain. Jauh mana pun Eric berada, mereka tetap akan cari Eric. Tidak pernah terputus hubungan. Betapa berharganya persahabatan mereka berempat. Aku terpegun!

Jadi, lihat saja video-video yang aku ambil sepeti yang aku sebutkan tadi di atas. Jangan pening sudahlah ya. Dah lama tak buat video. Senget benget jadinya! Hahahhaa…

Enjoy!

20151207_13025820151212_175818

 

P/S : Nasib baik balik dari Martinique anak masih kenal dengan Mama mereka yang bertambah gelapnya!

6 thoughts on “MARTINIQUE…. ERTI PERSAHABATAN!

  1. Badar Manan

    wah bestnye bercuti d caribbean island ….akak ada jg tgok video2 tu. Sgt2 jeles n can’t wait to see Ayu joining uols nanti. Hv fun and take care sis.

  2. Nasha

    Nurul.. thanks for your sharing. From your photo, mcm kt Fantasy Island… my wish list to visit Martinique.. mmg best kn biler kiter holiday with love one. I really enjoy your story.. btw, i raser Nurul you can hv your own travelling programme from your own view… i doakan you always sihat with all your love one..

Leave a comment